Sunday 16 June 2019

Tips goreng tauhu tanpa melekat di kuali

Panaskan minyak. Masukkan secubit garam  ke dalam minyak (ikut jumlah tauhu, kalau banyak, letak lebih sikit garam).

Dan goreng tauhu..
Insya Allah x melekat..

Tips elak ayam goreng melekat di kuali

Masukkan minyak dalam kuali. Biarkan minyak panas. Sebelum goreng ayam, masukkan beberapa asam keping jika banyak ayam yang perlu digoreng.

Selamat mencuba!

Unless guna tefal atau non stick pan yang lain..hehe..

Cili padi tahan lama dalam peti sejuk

Tips dia.. Buang tangkai cili padi, dan masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan dalam peti sejuk.
Insya Allah, tahan lebih lama..

Ni tips daripada mak. Mak datang rumah dan tolong buangkan tangkai cili padi. Terima kasih mak...*terharu...

Tuesday 18 April 2017

001

Kata pada bulan
Aku rindu
Kata pada bintang
Aku menunggu
Kata pada hati
Usah dungu



Friday 31 March 2017

Tips beli nenas manis

Tips ni jugak daripada mak. Mak kata, nak nenas manis beli yang bontot nenas(y ada tangkai macam dahan tu) tu lebar.

Cubalah. Kalau berkesan, share la sikit.. 😁

Tips tanam ubi kayu

Tips ni mak yang bagitau. Mak cakap, nak tanam ubi kayu mesti buat batas.
Lepas tu batang pokok ubi kayu tu make sure tanam secara mendatar ke tanah dan satu hujung pastikan terkeluar dari tanah so nanti banyak ubi yang terhasil..

Friday 24 June 2016

Penunggu flat rosmerah

Kisah 4 tahun lepas.

Housemate aku biasanya bila weekend balik kampung. Jadi pagi isnin dia akan bertolak dari kampung dalam pukul 4/5 pagi. Kemudian singgah kat rumah sewa dulu sebelum g kerja.

Satu hari dia cakap kat aku, 
"Eh, ada guard kan kat sini?. Hari tu akak nampak kat pondok guard."
"Bila akak nampak?"
"Masa pagi dari kampung"

Aku diam je. Dalam hati, weiii flat murah kami ni mana ada guard.

Nak confirmkan, aku tanya mak cik jual burger.

"Dulu ada penduduk volunteer jadi guard. Pastu dah x de dah. Lama dah takde. Kenapa tanya pasal guard?

Aku diam. Aku ambik burger cepat-cepat. Sampai sudah aku tak cite kat kawan aku. Sebab dia pun dah nak kahwin time tu. Aku pun dah nak berhenti kerja.. So, kalau kawan aku baca, aku nak cakap yang sebenarnya tu bukan guard tapi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...